Powered By Blogger

Friday, July 22, 2011

sesungguhnya Allah masih sayang


salam ukhuwah untuk sahabat2 di luar sana...rasanya sudah lama sangat ana xupdate blog ni lantaran kesibukan komitmen tugasan & yang paling utama masalah network...alhamdulillah, bersyukur kepada Allah taala kerna di saat dan ketika ini kita masih mampu untuk bernafas dan menghirup oksigen milik ALLAH swt..sesungguhnya, terlalu besar nikmat Allah kepada kita, tidak terkira banyaknya sampaikan Allah mencabar kita untuk memulis semua nikmat yang ALLAH berikan dengan menggunakan tinta dari 7 lautan...realitinya, ia masih tidak mencukupi..subhanallah...

"bersyukur" dengan musibah yang datang

sering kali mendengar rintihan2 mereka yang dikenakan ujian dari ALLAH..sesungguhnya ujian dan dugaan yang datang dari ALLAH dalam pelbagai bentuk...setiap manusia adalah sama cuma bentuk penerimaan ujian yang berbeza..ada orang yang diuji dengan kelaparan seperti insan2 di Somalia yang mengalami krisis kebuluran yang meruncing ketika ini..tidak lupa juga saudara2 kita di palestin dan beberapa negara islam yang masih berperang dengan kafir laknatullah...moga ALLAH titipkan pertolongan kepada mereka..amin..

jadi, kita pulak bagaimana? sudah tentulah bentuk penerimaan ujian kita tidak sama macam mereka..alhamdulillah, kita tinggal di sebuah negara yang aman, tiada peperangan, cukup makan dan sebagainya..teringat kepada kata orang tua2; kata diorang rakyat di luar mati kerna kelaparan tetapi rakyat negara ini banyak yang meninggal kerana terlebih makan...ada kebenaran juga kata2 ini...kalo terlebuh makan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak seimbang, nescaya pelbagai penyakit kronik boleh menghinggap seperi myocardial infarction, atherosclerosis, diabetes mellitus, etc..jadi, berhati2 la dalam pemakanan kita dan makanlah sekadar untuk memenuhi keprluan kita dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu seperti pesan nabi, berhenti lah sebelum kenyang....

berbalik kepada musibah atau ujian tadi, so, bagaimanakah tindakan kita bila mendapat ujian atau musibah?

firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya

iye..bila mendapat ujian sebutlah "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un"...sesungguhnya kita semua milik ALLAH dan kepadaNya lah kita akan kembali...memang benar...ALLAH adalah tuhan kita, tuan kepada tubuh badan yang kita guna sekarang, tuan kepada roh yang berada di dalam jasad kita, tuhan yang memberikaan rezki kepada kita, so memang selayaknya kita diuji...dan sesungguhnya setiap ujian tersebut akan meninggikan darjat kita di sisi Allah taala bila mana kita redha dan tabah dengan ujian yang menimpa...kadang2 kita terlupa bahawa ujian juga adalah makhluk Allah....so, Allah berkuasa untuk menimpakan ujia kepada sesiapa yang dikehendakinya...dan sesungguhnya beruntung sebenarnya golongan yang diuji ini....ini sebagai latihan atau tarbiyah Allah kepada kita dan juga tanda Allah sayang kepada kita....ia juga sebagai peringatan kepada kita supaya tidak terus tersasar dalam arus kehidupan yang fana' ni dan supaya kita segera kembali kepada Allah bila kita alpa dan lupa...dalam keadaan ini, kita seharusnya bersyukur kepada Rabb kita kerana Dia masih sayangkan kita dan tidak terus tegar membiarkan kita terus hanyut dalam kehidupan yang fasik dan lagha...tetap berapa ramai dari kita yang bersyukur kepada Allah bila mana ditimpa ujian? habis-habis kita akan kata "sabar je lah, nak wat cam mana"...tu la ayat yang sering kita dengar....memetik kata2 Dr Asri zainal abidin, "bersyukur itu martabatnya lebih tinggi dari sabar"..berapa ramai dari kita yang hanya mampu bersabar tetapi belum mampu bersyukur dengan ujian ALLAH kepada kita?



 akhir nukilan, latihlah diri kita untuk sabar dan bersyukur dengan mehnah ujian yang menimpa..sesungguhnya Allah berkuasa nak berbuat ape2 saja kepada kita dan kita sebagai hamba, layakkah kita nak mempersalahkan Allah bila mana ujian berat menimpa? ingatlah bila mana teruji, lihatlah mereka yang lebih berat ujian dari kita..insyaallah, ini dapat melatih sifat tawadhu' dan sbar dalam diri kita....sentiasa lah berdoa seperti pesan nabi iaitu mintalah kepada Allah supaya bila mana Allah menimpakan ujian yang kita mampu tanggung dan bukan ujian yang berat seperti umat2 terdahulu....ingatlah, innallaha ma'assabirin..sesungguhnya ALLAH bersama mereka yang sabar...wallahua'alam

Monday, February 21, 2011

ku terima segalanya Ya Allah..

alhamdulillah, syukur kpd Allah SWT krn di ketika & saat ni, ana msh mmpu mghirup udara milik Allah SWT..betapa besarnya nikmat Allah..setiap ape yg ade di sekeliling, setiap inci jasad kite, kesemuanya milik Allah SWT...ttp brp bnyk kl kite mngucapkn syukur kpd Allah SWT dlm sehari..sgguh alpa & lewanya kite disblk kesenangn yg Allah beri..benar lah ape yg diuntaikn Allah SWT dlm surah Arrahman yg diulang2 bnyk kali yakni "nikmat Allah yg mn lg yg hndak Engkau dustakan"..mmberi iktibar kpd kite manusia betapa ceteknya nilai syukur kite kpd Allah SWT..smga brtmbh2 syukur kite kpd Allah SWT & ingtan kite kpdNya xputus2 setiap ms, saat & ketika selagi mn nyawa ini Allah msh pjmkan kpd kite...ucaplah bnyk2, spt lagu kump too phat yg prnah popular suatu ketika dulu,"ucapkanlah alhamdulillah bukannya sukar..."

skrg dh mnnjukkan pukul 1.05 pg..tp mata msh blom mgntuk lg...spt kebiasaan hari2 ana tiap2 ari, sbg student & jg part time housewife..tiap2 ari kene pstikn umh sntisa kemas, siapn keje2 di dapur n laen2..apepn, tggjwb kpd pelajaran xdiabaikn..alhamdulillah, smjk tggl brsm abg, hidup ana brtmbh trurus dr segi pmbahagian ms..kdg2 rs mcm dh berumahtgga rsnya...tp ana kan lelaki? ape salahnya...kalo dh brkeluarga, pengalamn ini dpt gunakn utk bntu isteri ana suatu ari nnt...insyaallah, hanya satu harapn ana & ape yg sentiasa titipkn dlm doa ana..moga ana dikurniakn seorg isteri yg solehah, penyejuk di mata & dihati..persoaln rupa prs perkara kedua..ape yg ptg, dia seorg yg bragama, punyai akhlak yg sesuai ngn tuntutan syariah, jg adab tatasusila & blh menguruskn umh tgga dgn baek.."seindah2 hiasan adalah wanita solehah"..smga Allah sediakn yg trbek wt ana & mmberi ana psgn hidup yg baek & zuriat keturunan yg soleh & solehah..moga baitul muslim ini akn trcapai..amin ya rabb..

pd ms yg sm skrg tgh basuh baju, xsiap2 lg...sambil tu study ckit utk test sport jumaat ni..bnyk jgk yg kene cover..tp xpela, ckit2, lm2 jd bukit..study sekadar yg trmampu...yg selebihnya, doa, tawakal kpd Allah SWT..kejayaan sume drNya..barakallah...

alhamdulillah, mgrib td dpt jg meluangkn ms brsma kariah2 di kg rantau pjg kt klang utk sm2 menelaah smbgn pelajaran brkaitan pengurusan jenazah..sikit sebanyak dpt mnmbahkab ilmu pengetahuan ana yg amt cetek ni brkaitan ilmu fardu kifayah ni..kali ni berkaitan isu penyempurnaan jenazah bayi yg gugur..agk len dr segi hukum penyempurnaannya..insyaallah, kalo brkesempatan, akn ana postkn sedikit yg ana pelajari di post yg akn dtg..sebenarnya, rs tenang ana bl mghadiri mjls2 ilmu ni..trs dr ini sntisa dhagakan utk mndgr tazkirah2 yg dismpaikn para daie2 kite..ssgghnya xsia2 knjungn ana..setiap kali, pst ade prkongsiaan brbeza yg dismpaikn..& bnyk yg ana pelajari..mudah2 mudahan dpt ana praktikkn & dpt brkgsi ngn shbt2 ana..ttp agk terkilan jgk sedikit..rata2 yg dtg td kbnykkn trdr drpd wrga emas..di mn hilangnya para syabab kite yg bkl menerajui kepimpinan islam suatu ari nnt..algkah sedihnya..brbeza ngn keadaan di SACC mall smlm..sj sbnrnya ana meninjau2 di sn pas blk dr msjd negeri..penuh disetiap penjuru palang yg mengelilingi kwsn di tgh2 pasaraya tu dr aras bwk smpai ars 4..ana smpat jengket ckit kaki utk jerling2 ape yg brlaku,,patutlah..rupa2 nya ade prsembahan bntang2 ABP kite,,riuh rendah jdnya..dgn bunyi lalakan n laen2..masyaallah, dunia2...dunia di akhir zaman..betapa artis disnjung2 & dipuja..di mn mrka dikala mjls2 ilmu or ceramah diadakan? kalo lah sebegitu meriahnya jua, alhamdulillah, mantap ummah islam...kekuatn islam pst akn kmbali trbina..sebenarnya, budaya hendonisme ni adalah jarum sulit yahudi sejak dahulu lg utk jatuhkn akhlak muda mudi islam spy kite leka dgn hiburan yg melampau & lagha..benarlah kata seorg hukama', " hiburan yg melampau ni blh mematikan hati kite"..Ya Allah, lindungilah kami dr segala bntuk hiburan yg lagha ini, smga kami xlalai & lari dr mengingatiMu"..sekadar peringattan utk dr ana sndr yg hina lg cetek ilmunya & semua..ingatlah, dunia ini hanya persinggahan, akhirat jua tmpat tggal yg abadi & kehidupn sebenar bg mrk yg beriman kpdNya..gunalah dunia ini sbg tmpat mncr bekal sebnyk2nya...kerna bl kematian mghggap tiba, tiada guna sesalan & hiba, tiada apa yg hndk diratapi, tiada apa yg dpt mmbntu, melainkan amal yg soleh sbg pembela kite di saat pertemuann dgn pencipta kita, Tuhan yg MAHA Esa..ingtlah Allah bnyk2 nescaya Allah akn mengingati kita..subhanallah..hrp2 pg ni trsedar awl, nk mghdpNya pg ni..rs rindu ati ni..rs kesunyian sorg2 di umah..moga pghadapan dgnNya dpt melunaskan rs kerinduan ni...love U ALLAH..

Tuesday, January 25, 2011

LUASNYA NERAKA ALLAH

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke
tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam
tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar
kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg
Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat