Monday, December 13, 2010

syukran Allah ats nikmat yg Engkau beri

bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah..berakhir utk praktikal hari ni...spt hari2 kebiasaannya, patients pd hari ni agk ramai jgk..& ana dpt 2 kes br ari ni...low back pain & meniscus injury..alhamdulillah, dpt laksanakn tugas ngn baek..syukran jg kpd fisio2 yg komited mmbantu..

dlm ramai2 pt, spt kebiasaannya plbagai ragam dpt dilihat..macam ana, ana seorg yg suka brdiskusi & brbual trutama hal semasa & persoalan agama..& ada seorg pcik yg sdg asyik ana wt ultrasound kt die, mmbuka topik psl 1 malaysia..ana diminta meluahkan pndangn ana..& ana mminta pcik tu meluahkn pndgnnya trlebih dahulu..sgt menarik prbncngn dgn pcik tu shggakan selesai wt infrared pn xselesai lg...apepn, dpt ana tmbh input ana brkenaan hal2 semasa trutama dpt mndengar pndapat drpd kalangn mrk yg senior2 ni...tp ana xleh mmbicarakn ngn lbh bnyk di sini, takut ana kene tahan bwh ISA pula nnt..cukup sbg pengetahuan semasa...

alhamdulillah, spjg 5 mggu di cni, hubungn ngn sume staf yg ana kenal smkn baek..ade yg amik no, mtk facebook & laen2..cume niat ana moga ukhuwah ni dpt brterusan even dh abes prktikal nnt..ade jg fisio yg bekas senior ana yg mn ana brminat brbicara dgnnya hal2 brkaitan agama...rs seronok jg bl mn ade org yg sefikrah ngn kite..apepn, syukur jg xde sbrg komen ngn imej ana yg brsongkok..mula trfikir juga ape kata org tb2 brsongkok..sbnrnya, ana lbh suke brkopiah..tp apakn dy, ketua unit ana xmmbnrkan..so, ana decide pkai songkok jg..bkn tujuan ana utk mnnjuk yg ana alim ke, ape ke..juz ana nk jd dr ana..itu sj..biar ape org nk kta..bg ana bkn redha & pujian manusia yg ana cari, tp kebahagiaan & kasih Allah yg ana kehendaki...

spjg di klntan jg, alhamdulillah prgaulan & life ana agk trbatas..no more wyg, karaoke n others..mmg bnr, spjg brda di klntan, bnyk dugaan & ujian yg ana hadapi...hmpir wt ana patah smngt & brsedih..tp Allah Maha Penyayang..kasih Allah mmbuat ana kuat mghadapi sgl dugaan..ana rs bebas mngamalkan ajaran agama..xprlu nk malu2 ke, ape ke...pd ms yg sama, alhamdulillah, layanan dr sedara2 ana pn amt baek..tok ana & mak sedara ana pn sll call coz mrk rindu kpd ana smjk ana brpindah ke umah to sepupu ana..apepn, ana jg trt menyayangi mrk even ana xmluahkn dgn prkataan..di umah tok sepupu ana, ana ade mission..mission ana utk trs brusaha mngajar adik sepupu ana shgga leh bc alquran..moga Allah prmudahkn urusan ana & adik2 sepupu ana...

bnyk lg ana nk ceritakn..tggu di nukilan seterusnya pula..nk smbg wt repot semula..Peace in Allah's love..

Tajdid Iman: Insan dikasihi tuhan peka terhadap dosa, maksiat

MENGAPA seorang suami begitu sayang kepada isteri dan sebaliknya? Mengapa pula anak-anak yang salih rela menanggung susah menjaga kedua ibu bapa? Mengapa kita mahu berkorban untuk mengikat tali persaudaraan dengan jiran tetangga, saudara mara dan sahabat seperjuangan? Mengapa dunia ini aman dan damai, walaupun berbilang bangsa dan kaum, adat dan kepercayaan manusia? Jawabnya hanya satu iaitu kerana rahmat Allah SWT diturunkan ke atas dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ‘Allah Taala memiliki seratus rahmat. Satu di antaranya diturunkan untuk sekalian makhluk hingga mereka berkasih-kasihan sesama mereka. Sembilan puluh sembilan lagi disimpan untuk hari kiamat." (Riwayat Muslim)

Jika kita kehilangan rasa ingin mencintai, sesungguhnya rahmat Allah SWT itu tercabut dari hati. Isteri yang membenci suaminya atau sebaliknya, anak yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang bengis dan kasar, angkuh lagi sombong, zalim kepada sesama manusia, mereka ini terkeluar daripada senarai pilihan orang yang mendapat limpahan rahmat Allah. Bukankah Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi." (Muttafaqun Alaih)

Sesungguhnya, rahmat Allah SWT meliputi seluruh alam. Dia tidak pernah jemu mencintai makhluk-Nya. Sehingga tertulis di dalam kitab yang tersimpan di 'Arasy, kalimah yang agung ketika Dia mencipta sekalian makhluknya yang bermaksud: "Sesungguhnya rahmat (kasih sayang-Ku) mengalahkan kemurkaan-Ku." (Riwayat Muslim).

Apakah tanda yang menunjukkan cinta Allah SWT bertapak di hati hamba-Nya?

Hati suka kepada kebaikan dan benci kepada kemungkaran. Definisi makruf dan mungkar hanya dapat difahami melalui ilmu dan kajian. Orang yang berilmu adalah hamba yang paling dekat dengan Allah SWT. Dengan ilmunya itu mereka bertambah takut kepada Allah SWT. Orang yang dikasihi Allah SWT hatinya sentiasa sibuk menilai, menimbang, mengkaji dan menghisab diri sendiri berdasarkan ilmu dan kefahaman agamanya. Tiada masa untuk menilik aib orang lain. Ramai manusia mencari ilmu, tetapi apakah wujud tanda ilmunya itu bermanfaat? Jawapannya ya, jika kita mengkaji hadis Rasulullah SAW mengenai perangai penuntut ilmu.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya, perumpamaan petunjuk dan ilmu yang aku diutus Allah dengannya adalah seperti hujan yang turun di atas bumi. Sebahagian adalah tanah baik yang boleh menghisap air dan menumbuhkan rumput. Sebahagiannya pula tanah keras yang dapat menahan air. Allah memberikan manfaat dengannya kepada manusia untuk minum dan mengalirkan tanaman.

Sebahagiannya pula jatuh ke bahagian lain, yang berupa lembah yang tidak dapat menahan air dan menumbuhkan rumput. Yang demikian adalah perumpamaan bagi orang yang memahami agama Allah dan Allah memberi manfaat kepadanya. Seperti yang demikianlah aku diutuskan. Lalu dia memahami dan mengajarnya. Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu mengangkat kepalanya dan tidak menerima petunjuk Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Hati yang sensitif terhadap dosa. Gelisah, risau dan takut adalah perasaan semula jadi pada diri manusia. Jika kita berdosa apakah perasaan itu boleh muncul di permukaan hati? Atau tenggelam bersama rasa ego dan takbur kerana berasa diri sudah sempurna? Hamba yang dikasihi Allah SWT memiliki kepekaan yang tinggi terhadap dosa dan maksiat. Dia menjadi orang yang paling teliti menjaga kesempurnaan ibadatnya, kebersihan hatinya dan sepak terajang perilaku terhadap sesama manusia.

Tiga aspek ini menjadi satu sistem penilaian yang berterusan sepanjang hidupnya. Ia sentiasa mengingati hari pertanggungjawaban atas segala perbuatan. Sabda baginda SAW yang bermaksud: "Kedua kaki hamba tak akan berganjak sehingga dia ditanya mengenai umurnya yang sudah dihabiskan, mengenai amal yang sudah dikerjakan, mengenai harta di mana dia mendapatkannya dan untuk apa dibelanjakan dan mengenai tubuh badannya untuk apa dia gunakan." (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi). Bukankah perkara itu sungguh berat? Adakah kita sentiasa mengingati keempat-empat urusan yang besar itu setiap hari?

Menjadikan dunia ini sebagai matlamat untuk mendapatkan cinta dari-Nya. Untuk apa harta itu? Mengapa kita berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan kejayaan? Jika Saidina Muaz bin Jabal masih hidup lagi, mungkin beliau akan menjawab persoalan itu.

Tetapi eloklah kita mengingati kembali detik kematiannya sambil meneliti kata hikmah yang menyimpan sejuta inspirasi bagi hamba Allah SWT yang mahu memahami falsafah kehidupan ini. Muaz berkata: ‘Aku berlindung kepada-Mu Ya Allah daripada seksaan api neraka. Rabbi, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa aku tidak menyukai kehidupan ini kerana tanamannya yang hijau mahupun sungainya yang mengalir atau rumah dan istananya yang indah, akan tetapi aku menyukai kehidupan ini hanya kerana tiga perkara, iaitu saat-saat berjuang di atas jalan Mu, ketika berkumpul dengan ulama demi menuntut ilmu-Mu dan saat menundukkan wajahku di hadapan-Mu." Indahnya sebuah ungkapan, syair kasih seorang hamba Allah yang sudah memiliki cinta Tuhannya.
Sumber: Berita Harian (19 Mac 2007)

Friday, December 10, 2010

semakin hari semakin rindu

kadang2 trmenung, terfikir seketika...knp ramai manusia selalu leka & lalai dr mengingatiNya trmsklah ana...bukankah tujuan kita dijadikn utk mengabdikan diri kpdNya..& sepatutnya tugas kita sebagai hamba adalah utk mengingatiNya sentiasa & patuh kpd segala perintahNya...

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

 Firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30 yang bermaksud :

" Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan engkau berpuasa hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi tuhanmu), serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku  yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaku ".

Allah tidak meminta ape2 kpd kita tetapi kita sbg hamba yg selalu memohon & berharap kpdNya..Allah itu, sepatutnya segala penyerahan jiwa & raga hanyalah kepadaNya..jika manusia ingkar  & tidak beryukur sekalipn, tidak akn mengurangkn sedikitpun empayar kekuasaan Allah..

semakin hari, semakin hati ni rindu kepadaMu ya Allah..tapi apakan daya..hambaMu ni amat risau akan nasib hamba di saat prjumpaan denganMu di akhirat kelak...dengan amalan yg tidak secukup mana & kalo nk dibndingkan dengan segala nikmat yg Engkau berikan, nescaya tidak dpt dbndgkan langsung...Ku memohon agar diselamatkan bersama orang2 yg Engkau kasihi..

kadang2, rasa diri ni tak kuat mghadapi segala rintangn di akhir zaman ni..dengan fitnah yg berleluasa, maksiat bermaharajalela..masyaallah..algkah hebat dugaan di akhir zaman ini..serangn datang dari pelbagai arah,...oleh itu, perlunya jati diri yg kukuh & keimanan yg mantap dlm menangkis segala ujian yg mndatang..mohon ku sentiasa dalam perlindungnMu ya Allah...

satu lagi fitnah yg ana takuti, fitnah wanita..ini jg merupakan salah satu sebab ketewasan orang-orang yang beriman...di mana2 sahaja, pandangan lelaki pasti tertarik dengan wanita yg cantik..ana jg akui dr ana hampir trsilap memilih jln yg salah utk brhubungan dengan wanita yg bukan mahram sblm ni..setelah hmpir 2 mggu mnjalin hubungn, alhamdulillah, sinar hidayah dtg menjelma...ana terpikir akn ape yg ana lakukan & ternyata ana dibuai mimpi2 indah hubungan yg tdk sah..ana tekad memutuskan hubungn even tiada ape2 mslh kpd kami..juz ape yg ana katakn kpdnya, ana blom brsedia..tp hakikatnya, ana takut akn azab Allah jk trs brhubungan..takut ana mati sblm brtaubat ats dosa yg ana lakukan..betullah ape yg ana baca dari sebuah artikel, kalo mahu sebuah keluarga yg hasanah, jalan ke arah nya juga serupa..Ya Allah, moga pengorbanan ini tidak sia2..Hanya ape yang aku harapkan adalah redha dariMu ya Allah...

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perangilah  (berjuanglah) terhadap hawa nafsumu dengan berlapar dan dahaga. Sesungguhnya pahala (bagi amalan) yang demikian adalah seperti pahala orang yang berperang jihad kerana jalan Allah. Sesungguhnya tiada amal yang paling disukai Allah melainkan lapar dan dahaga (berpuasa).”     

Allah s.w.t. telah menjanjikan kepada manusia yang dapat mengawal hawa nafsunya dengan balasan syurga di akhirat kelak. Firman-Nya dalam surah an-Naazi’aat ayat 40 dan 41 yang bermaksud:  “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri d mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya di Padang Mahsyar), serta ia menahan dirinya daripada menuruti hawa nafsu; maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”

Cinta kpd Allah & Rasul is the greatest...

"Allah, U created everything, we belong to you, Ya Rabb, we raised our hand, forever we thank you"..


Give thanx to Allah

 assalamualaikum..brtemu kembali..alhamdulillah, msh diberi ksmptan utk trs bernafas di muka bumi Allah ni..
terdetik seketika hati ni utk mndengar lagu dari RAST, setelah aku dipaling..lagu yg sgt minati sejak sekolah menengh lagi..trs mmbuka minda ana & mnginsafkn dr ana..

Setelah Aku Dipaling
Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling 

Ya Allah, jgnlah Engkau palingkan aku setelah hidayahMu Kau beri...

semalam hari lahir ana & pd ms yg sama hari kematian tuk ana..rs sedih jgk..tp apepn, mnginsafkn dr ana..mgkn dugaan dr Allah spy ana xtrs terpesona ngn usia yg Allah berikan tapi sebaliknya  sbg satu pengingatan kpd ana..ingtlah kematian akn menimpa xkira di mn kite brda, dlm usia apepn, ia xkn trlewat walau sesaat..

 Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 78 yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada,maut 
akan mendatangi kamu walaupun kamu berada di dalam kota-kota yang tinggi dan kukuh".
 Dan dalam firman-Nya yang lain dalam surah Al-A'raf ayat 34 
bermaksud: "Apabila datang ajal mereka, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat". 
 
semalam juga result final exam keluar..alhamdulillah, disebalik dugaan yg brtali arus ana terima, 
ade sesuatu yg Allah sediakan utk ana..syukur kpd Allah kerna sekali lg beroleh AD..ssgguhnya
 perancangan Allah memang maha hebat..
 
subhanallah...
 
 

Thursday, December 9, 2010

pghujung mggu ke 4 di HUSM

assalamualaikum..bertemu lg kite di hari khamis malam jumaat ni..

alhamdulillah, hari ni spt kebiasaannya ana memandu ke hospital..brtolak agk awal juga hari ni, tkt nk elak kesesakan di jalan raya..spt hari kebiasaannya, tugasan ana di cni mnuntut ana utk ikhlas brkhidmat merawat pesakit..bgaimanapun, hari ni kehadiran pesakit tdk seperti biasa..mgkn disebabkan hari selasa cuti, so xbnyk kes utk di refer smla hari khamis..apepn, ms yg trluang ana isikan ngn menyiapkn repot2 yg trtgguh dek masalah yg tdk dpt dielakkan..sambil2 itu, mmberi tnjuk ajar brsama daus kpd student kkm serba sedikit psl assessment & physio treatment..

petangnya, CME spt kebiasaannya..lawak juga tgk plbagai raga, physio ngn OT yg msg2 cm malas nk dengar presentation..ade yg smbang di blkang, ade yg trlelap..apepn, tu semua lumrah..xde sape yg perfect..yg ptg, kite sedar akn kesilapan kite & brsedia utk merubah ke arah lbh baek..at least, ilmu yg dpt di CME itu dpt ana praktikkan utk mmbantu pesakit2 ana..kebetulan pula, slps CME, kami di ajar ttg tapping utl plantar fascitis, ankle sprain & TA tendinitis..agk menarik, even ana xdpt menangkap ape yg diajar..mgkn sbb ia bkn bdg yg ana  minati..apepn, ana akn cube yg trbek..

surprise buat ana jg petang tu, En kamarudin, ketua unit, mtk tlg rawat timbalan pengarah..agk risau gak..tp alhamdulillah, mission accomplished..ade juga input2 tmbahan yg diberi oleh en latif & en kamarudin..Thanx Allah for ur help..time kasih krn mmberi keyakinan kpd hambaMu ini..

esok cuti..program dlm list..hmm, xtau lg..mgkn nk siapkn SOAP ngn study..xtvt laen xrancang lg..hope da best for tomorow..moga Allah permudahkan segala urusan..

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah 1431 Hijriah

Alhamdulillah..Syukur kpd Allah yg masih memberi kite semua nikmat kesihatan yg tdk ternilai harganya...Di ketika dan saat ini, kite masih mampu mghirup udara segar, melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT..Ayuhlah sm2 kite mnsyukuri nikmat yg Allah berikn kpd kite yg xtrkira bnyknya...

Hari ni permulaan tahun baru islam..moga ana terus kuat dlm mghadapi liku2 kehidupan yang makin mencabar dlm dunia akhir zaman ini..

Sempena maal hijrah, so hari ni cuti..xde aktiviti ape2..hanya berada di umah atuk & menyiapkn report2 yg trtangguh disbbkan musibah yg menimpa sebelum ini...

Kisah Perhimpunan Agung di Hadiratul Quddus

Diriwayatkan setelah semua manusia yang layak memasuki syurga sudah memasuki syurga, pada satu hari yang ditentukan, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail membawa ahli syurga ke satu perkampungan yang bernama Hadiratul Quddus. Hadiratul Quddus terletak di dalam syurga yang bernama Syurga Khuldi, iaitu suatu alam dan tempat yang cuma diketahui kedudukannya oleh Allah SWT sahaja.

Apabila malaikat Jibrail dan rombongan ahli syurga yang ramai itu sampai di pintu masuk Syurga Khuldi, maka muncullah malaikat yang menjadi pengawal syurga itu, lalu bertanya: "Apakah bicara dan kehendak tuan bersama rombongan manusia yang ramai ini ke perkampungan syurga ini yang tidak pernah dijejaki oleh seorang manusiapun."

Lalu Jibrail menjawab: "Aku diperintahkan oleh Allah SWT, pentadbir seluruh alam untuk menghantar tetamu-tetamuNya dari orang-orang yang bernasib baik bagi menduduki Hadiratul Quddus"

Setelah mendengar kata-kata perintah dari Jibrail, maka malaikat yang mengawal pintu Syurga Khuldi itu dengan segera membuka pintunya dan membenarkan Jibrail dan ke semua tetamu Allah SWT tersebut menuju ke perkampungan syurga Hadiratul Quddus.

Malaikat Jibrail pun masuk ke dalam syurga itu lalu menaiki ke satu puncak mahligai yang tinggi lantas berkata: "Wahai Muhammad, masuklah tuan hamba bersama para nabi, para sahabat dan sekalian manusia yang menjadi calon penghuni syurga ke taman Hadiratul Quddus ini untuk menikmati segala kemewahan yang telah dijanjikan Allah SWT dahulu. Maka masuklah Rasulullah dan sekelian tetamu Allah SWT yang lain ke dalam taman itu lalu menaiki kenderaan khas yang disediakan.

Apabila mereka melalui jalan di dalam taman syurga itu, tiba-tiba berundurlah ke belakang dengan sendirinya segala pohon kayu kecil dan besar yang menghiasi taman itu untuk memberi hormat kepada rombongan tersebut. Sepanjang perjalanan mereka diperlihatkan permandangan taman yang indah lagi mengkagumkan, melalui bangunan serta mahligai yang diperbuat dari emas, perak, batu delima serta lain-lain. Pendek kata, Hadiratul Quddus memiliki mahligai yang bertaburan dalam suasana yang terlalu permai dan amat menyenangkan.

Pada pintu setiap mahligai tersebut sudahpun tertulis nama penghuni yang bakal memilikinya manakala di dalamnya menunggu dengan wajah kerinduan akan para bidadari yang amat jelita, menunggu dengan penuh sabar akan saat pertemuan yang sudah terlalu hampir akan kedatangan suami mereka yang bakal menjadi penghuni dan raja di dalam mahligai tersebut.

Setelah beberapa lama mengelilingi Hadiratul Quddus, malaikat Jibrail lalu membawa ke semua ahli syurga berkenaan berkumpul untuk menghadiri satu upacara perhimpunan agung. Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail untuk membentangkan satu hamparan permaidani, maka duduklah para tetamu Allah SWT itu berehat dengan penuh gembira dan selesa sekali. Seketika kemudian Allah SWT pun memerintah para malaikat: "Berikan makan kepada waliKu". Muncullah para pelayan membawa pelbagai hidangan istimewa. Semakin banyak dimakan, semakin terasa lazat rasanya. Setiap suap tidak sama rasanya. Mereka terus menikmati hidangan makanan dengan sepuas-puasnya. Setelah makan, Allah SWT memerintahkan: "Berikan minum pada hamba-hambaKu". Maka para tetamu Allah SWT tersebut diberi minuman yang rasa airnya bertambah lazat pada setiap teguk.

Setelah para tetamu Allah SWT tersebut menikmati jamuan di hari pertama mereka dikumpulkan beramai-ramai, Allah SWT pun memerintah malaikat Jibrail supaya manghadiahkan kepada mereka pakaian-pakaian syurga. Tubuh badan mereka disaluti dengan pelbagai perhiasan yang amat baik dan terlalu tinggi nilainya samada perhiasan cincin emas yang bertatah batu-batu delima atau berlian yang terlalu ajaib dan menakjubkan. Setiap cincin yang dipakai oleh tetamu Allah SWT itu tersurat kalimah-kalimah tertentu yang memuji kebesaran Allah SWT. Mereka juga dihiasi dengan mahkota syurga yang dihiasi dengan batu-batu permata yang bergemerlapan.

Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail menghantar pula bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Maka muncullah seekor burung yang sangat ajaib rupanya dan terlalu cantik pula warnanya terbang di dalam taman syurga yang permai itu, sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi kepala mereka. Maka terpeciklah bau-bauan yang sangat harum hasil dari sayap-sayap burung ajaib tersebut lalu merenjis pada tubuh dan pakaian setiap tetamu Allah SWT yang hadir pada majlis itu. Maka bertambah harum dan bertambah nyamanlah suasana syurga pada masa itu. Alangkah tercengangnya para tetamu Allah SWT itu melihat dan mengalami kejadian ajaib yang ditunjukkan oleh Allah SWT itu, sebagai janji kesenangan dan kebahagian yang bakal dinikmati oleh manusia yang beriman di alam akhirat nanti.

Seketika kemudian secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang diperbuat daripada Nur. Malaikat Jibrail mara di tengah manusia yang ramai itu sambil membimbing tangan Nabi Musa AS naik ke atas mimbar tersebut untuk membaca kitab Taurat. Nabi Musa AS pun memperdengarkan bacaan Taurat dengan bacaan yang lembut dan jelas didengar oleh sekelian hadirin. Setelah itu, malaikat Jibrail menjemput pula nabi Isa AS naik ke atas mimbar untuk membaca kitab Injil seperti yang pernah diturunkan ke atas baginda oleh Allah SWT. Setelah nabi Isa AS memperdengarkan bacaannya, tibalah giliran nabi Daud AS pula untuk membaca kitab Zabur. Bagindapun memperdengarkan bacaan kitab Zabur dengan suara yang amat merdu hingga terpegunlah sekelian tetamu Allah SWT pada hari itu. Setelah itu, malaikat Jibrail menjemput Rasulullah SAW naik ke atas mimbar untuk memperdengarkan Al Quran. Rasulullah SAW pun membaca Al Quran dengan suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh sebarang manusia sebelum ini.

Setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Allah SWT pada umat manusia, maka tiba-tiba terdengarlah satu suara paling merdu memenuhi ruang syurga yang terbentang luas itu. Suara itu merupakan firman dari Allah SWT sendiri yang pertama kali didengar oleh sekelian ahli syurga tersebut. "Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu, dan kini kamu boleh meminta niscaya aku akan berikan permintaanmu". Jawab ahli syurga: "Kami minta ridhoMu. kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah SWT: "Aku ridho kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima."

Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah SWT yang Maha Mulia sekehendak Allah SWT, maka segera mereka bersujud kepada Allah SWT sehingga Allah SWT menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat."

Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah SWT yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arasy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu kini lebih elok dari yang biasa."

Wallahu'alam.

Hilir dan Hulu Sungai-sungai di Syurga



Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam perjalananku ke langit, diperlihatkan kepadaku semua syurga. Maka aku melihat empat macam sungai: Sungai Air, Sungai Susu, Sungai Khamar dan Sungai Madu. Lalu aku bertanya kepada Jibrail: "Dari mana air ini bersumber dan ke mana ia mengalir?"

Jibrail menjawab: "Mengalir ke kolam Al-Kautsar, tetapi aku belum mengetahui dari mana air ini bersumber. Cuba ku tanya dahulu dengan Tuhanmu."

Kemudian datanglah seorang malaikat dan berkata kepadaku: "Hai Muhammad, pejamkanlah matamu!" Tiba-tiba aku berada berdekatan sebuah pohon bersebelahan sebuah Kubah yang terdiri dari Mutiara Putih, pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas merah. Jika dunia dan seisinya diletakkan di atas Kubah ini, akan seperti burung yang hinggap di atas gunung atau seperti telur yang diletak di atas gunung.

Aku melihat sungai-sungai itu megalir dari bawah kubah tersebut. Ketika aku hendak kembali, berkatalah malaikat tersebut menyuruhku memasukinya. Aku bertanya: "Bagaimana aku boleh masuk, sedangkan pintunya terkunci?" Berkatalah malaikat tersebut: "Kuncinya berada di tanganmu, iaitu lafaz Bismillahirrahmanirrahim"

"Maka aku mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim. Tiba-tiba terbukalah pintu Kubah itu dan masuklah aku ke dalamnya. Maka aku menyaksikan dari keempat sudutnya mengalirnya keempat-empat sungai itu. Ketika aku hendak pulang, maka malaikat itu menunjukkan aku tulisan Bismillahirrahmanirrahim tertulis di atas sudut-sudut Kubah itu. Aku menyaksikan bahawa Sungai Air bersumber dari Mim lafaz Bismillah, Sungai Susu bersumber dari Ha lafaz Allah, Sungai Khamar bersumber dari Min lafaz Arrahman dan Sungai Madu bersumber dari Mim lafaz Arrahim. Maka tahulah aku bahawa sumber-sumber sungai itu dari lafaz Bismillahirrahmanirrahim"

Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Muhammad! Barangsiapa dari umatmu yang menyebutku dengan nama-nama ini, akan Ku beri minum dari sungai-sungai ini".

Wallahu'alam.

Sunday, December 5, 2010

mggu keempat di HUSM

HUSM.................xkusangka begitu bnyk dugaan yg ku hadapi di sini..sering kali rs diriku di uji..slps suatu dugaan, dtg lg cabaran yg laen utk menguji diriku yg serba lemah ini..
kdg2, dr terasa letih...rs dr penuh tggungjawab even niat dtg cni hanya sekadar prktikal..
tapi apepn, sume ini akan ana hadapi dgn tabah krn ana yakin ngn janji Allah..setiap ujian yg Allah berikan hanya sekadar untuk menguji sejauh mana keimanan hambaNya & tanda kasih syg Dia kpd kita..

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11


“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

 Allah turut berfirman:


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.  

“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

sume ayat ni mmberi inspirasi kpd ana utk terus sabar ngn ape yg Allah sudah tentukan utk ana...
semoga jiwa ni kuat utk mghadapi hari2 mndatang & kuat utk brbakti kpd msyrkt dlm mnjalankan perintah fardhu kifayah..

1st time experience using blog

assalamualaikum..
pertama kali mnjelajah ke dunia blogging ni rs cm jggal pulak..
tapi rsnya dengan adenya blog ni, dpt la ana share pengalaman ana yg bnyk mmberi inspirasi kpd ana utk trs maju jaya dlm hidup ini..smga dpt mmberi kebaikan kpd ana & semua yg mmbacanya..